Sunday, 19 February 2017

Introduction

       Assalamualaikum, first blog ini adalah untuk berkongsi semua pengalaman saya dalam explore dunia makanan yang menarik. Bagi saya bukan hanya dihotel kita dapat menikmati makanan yang sedap sedap belaka ni. Banyak lagi tempat tempat makan yang menarik di luar sana yang saya akan ceritakan didalam blog ini. Contohnya warung warung yang kita just anggap macam biasa tapi mana tahu makanan yang disediakan adalah sedap. Kita taktahu so start from now saya akan cuba untuk pergi ke beberapa warung yang special ni. Itu orang kata "don't judge the book by it cover" so don't judge the food by it warunglah hahaha. 
       Then, saya akan sertakan nama dan alamat semua restoran, warung warung atau semua jenis dalam bidang makanan untuk kita semua pergi ramai ramai. Dan dalam masa yang sama bolehlah guys yang kuat makan tu kita pergi lepak makan santai dekat mana mana. So sesiapa yang ada idea or tahu mana mana tempat yang makanan dia power tu bolehlah roger. Manalah tahu kita semua boleh tubuhkan team underground food ke kan. Then boleh juga kita kumpul pengalaman dan kumpul kawan yang cinta dalam bidang makanan ni. Tak lupa juga dalam blog ni boleh juga kalau korang nak share apa apa pengalaman korang. Jangan malu jangan segan okay semua. 


                               #perutlapar

      Serta didalam blog ni juga saya akan ceritakan tentang foodtruck yang dah menjadi trend dunia makanan pada zaman ini. Bagi saya foodtruck adalah idea terbaik sekali untuk kita berniaga kerana ia mudah dan ramai rakyat Malaysia sudah mula mengenalinya. So startlah pengembaraan saya untuk MAKAN.