#contoh subway
Hi, kali ni admin nak admin nak share sikit kat korang yang mana sibuk nak berdiet tu kan. Macam ni lah admin bagi pendapat. korang tak perlu nak pergi jauh jauh dah sekarang dan korang jangan pening pening kepala dah sebab korang boleh dapat semua diet food tu dekat subway. haa percaya atau tidak. Lagipun siapa je tak kenal subway kan, korang pergi mana mana je mesti jumpa subway sebab subway dah meluas dekat negara kita ni. nak dikatakan hampir semua shopping mall ada subway betul tak?
Terdapat pelbagai jenis salad yang boleh korang order. Lagi lagi yang mana vegetarian tu bolehlah datang untuk lihat, rasa dan menikmati sendiri. ni adalah senarai menu salad dia, antaranya ialah chicken sliced, chicken teriyaki, italian BMT, meatball marinara, roast beef, spicy italian, subway club, tuna salad dan banyak lagi. Salah satu yang admin dah rasa atau makan ialah tuna salad sebab admin memang kalau pergi subway wajib order tuna sandwiches atau tuna salad. nak cakap admin ni amalkan healthy food tu tak juga sebab admin memang kaki makan so semua jenis makanan admin makan janji yang halal bagi diri admin dan umat Islam.
haa tu contoh salad dia. tengok pun dah terliurkan? admin dah kata sesiapa yang nak diet tu bolehlah datang rasa sendiri. Lagi satu apa yang admin tahu, orang yang nak diet ni dia kena kurangkan makan karbohidrat so korang kenalah makan vitamin dengan protein untuk maintainkan energy dalam badan korang. sebab kita kena ada karbohidrat untuk tenaga kita so sebab tulah kena ganti balik dengan vitamin dan protein. tu apa yang admin tahulah daripada orang. so sesiapa yang nak diet tu janganlah sampai tak makan langsung. korang bolehlah pergi ke subway untuk makan makanan sihat ni atau makanan yang kurang karbohidrat dan mengandungi protein dan vitamin yang seimbang.
Serta admin nak cakap tentang harga dia pula. dia kira mengikut berat salad yang kita ambil dengan dia punya sauce. bagi admin makanan dia takdalah mahal sangat. kira berpatutan jugalah sama je macam kita makan dekat mamak nasi lauk je dah berapakan. lagipun beza food dia yang berkualiti daripada restoran luar. subway dia amat pentingkan kesegaran makanan dia dan menjaga tekstur dan keselamatan makanan mereka kerana mereka tidak akan menjual kembali makanan yang telah dijual harini dan yang telah terdedah terlalu lama pada udara. so korang yang mana nak cuba tu bolehlah datang sendiri ataupun bawa sekali kawan kawan korang yang tengah berdiet tu sekali okay.
okay tu last daripada admin, nanti kalau ada benda baru lagi admin akan share dengan korangg semua. Asslamualaikum








