Monday, 3 April 2017

warung viral : Gerai Gelas Besas

Assalamualaikum semua, harini admin nak share something sikit tentang warung viral yang admin dah pergi dua hari lepas dengan kawan kawan admin. kedai ini bertempat di seksyen 24 Shah Alam je tak jauhpun so yang mana orang shah alam atau usj bolehlah datang kesini untuk meresa makanan dan minuman dia. kalau korang nak senang kan boleh je kalau nak gunakan waze sebab zaman sekarang dah senangkan guys. korang boleh nak kemana mana je korang suka lagi lagi yang suka explore tentang dunia makana ni. lagipun jalan dia takdalah susah sangat sebab dia berdekatan dengan kawasan kedai kedai, sekolah rendah seksyen 24 dan perumahan. korang boleh masuk daripada simpang uptown shah alam seksyen 24 sebab kedai dia belakang belakang tu je. kalau korang pergi uptown korang bolehlah singgah. korang mesti puas hati dengan jus buah buahan dia dan dia punya menu makanan. so korang kena datang juga untuk rasa sendiri masakan dan minuman dia. 

Kemudian kenapa admin cakap kedai ni menarik sebab menu makanan dia yang menarik dengan bertemakan ala ala western gitu dan dia punya special menu macam nasi goreng chicken chop da lamb chop dia yang confirmpuas hati dengan rasa sauce dia dan saiz daging kambing dia yang besar. memang kenyang kalau korang makan.Serta dorang lebih  tawarkan menu minuman jenis jus buah buahan yang bermacam macam jenis dengan kesegaran rasa buah tu. korang sendiri boleh rasa kesegaran dia, admin tak tipu. then, pasal price. jus buah buahah dia hanya RM 2 secawan so memang murah. lepastu jus buah yang bersusu pula hanya tambah RM0.50 sahaja so dalam RM 2.50 je beb. Next makanan pula memang berpatutan dan boleh dikataka murah sangat. korang just bawa bajet bawah RM20 untuk menikmati kepuasan kat sana. haa  satu lagi servis dia juga baik sebab pekerjanya ramai so korang tak perlu nak tunggu lama untuk order makanan korang dan korang tak perlu tunggu lama untuk makan sebab food diorang memang cepat sampai kat meja makan korang. then kalau korang taktahu nak order apa, korang bolej kalau nak tanya dekat waiter dia so nanti diorang akan suggestkan menu apa yang korang patut rasa.

                                         



       


gambar yang korang tengok kat atas tulah senarai menu minuman dan makanan dia. so korang boleh tengok sendiri dengan kepelbagaian rasa orang kata. kat situ korang boleh tengok menu minuman dia atau senarai jus buah yang diorang sediakan. macam yang korang dapat tengok, banyak jus jus yang menarik macam jus mangga biasa ataupun mangga susu yang menyengat fuhh then ada jus buah naga atau dragon fruit yang admin juga dah rasa memang sedap memang fresh.


Next, nak cakap pasal menu makanan dia pula. macam yang korang dapat tengok kebanyakkan menu makanan dia lebih kepada western so yang mana peminat western bolehlah datang untuk rasa sendiri. then, korang juga boleh tengok sendiri harga yang dia dah senaraikan. memang murahkan dan semua orang boleh cuba untuk rasa sendiri food dia.




ni dia grilled lamb chop yang admin dah order dan harganya hanya RM10 je korang. tengoklah dengan french fries dia the dengan daging dia yang besar. boleh bayangkan dah macam mana nikmatnya admin makan kan. so yang mana terliur tu bolehlah datang. eh kena juga datang. confirm korang puas hati. bolelah kalau nak datang dengan family ataupun dengan kawan kawan sebab suasana dia memang sempoi habis dekat kedai tu.



yang ini pula jenis jenis air dia yang admin dan kawan kawan admin dah order. contohnya jus buah naga, jus mangga susu menyengat , jus epal susu dan banyak lagi. memang puaslah dengan rasa buahnya yang manis dengan freshnya dan lemak manisnya. memang sedaplah dan puahlah kalau dapat. so korang bolehlah datang ramai ramai untuk cuba sendiri sensasi jus buah dia.

okay tu je yang admin nak share so kalau ada benda baru lagi admin akan share dekat korang okay. bye assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment