Tuesday, 11 April 2017

Healthy Food : Subway


#contoh subway

Hi, kali ni admin nak admin nak share sikit kat korang yang mana sibuk nak berdiet tu kan. Macam ni lah admin bagi pendapat. korang tak perlu nak pergi jauh jauh dah sekarang dan korang jangan pening pening kepala dah sebab korang boleh dapat semua diet food tu dekat subway. haa percaya atau tidak. Lagipun siapa je tak kenal subway kan, korang pergi mana mana je mesti jumpa subway sebab subway dah meluas dekat negara kita ni. nak dikatakan hampir semua shopping mall ada subway betul tak?




Terdapat pelbagai jenis salad yang boleh korang order. Lagi lagi yang mana vegetarian tu bolehlah datang untuk lihat, rasa dan menikmati sendiri. ni adalah senarai menu salad dia, antaranya ialah chicken sliced, chicken teriyaki, italian BMT, meatball marinara, roast beef, spicy italian, subway club, tuna salad dan banyak lagi. Salah satu yang admin dah rasa atau makan ialah tuna salad sebab admin memang kalau pergi subway wajib order tuna sandwiches atau tuna salad. nak cakap admin ni amalkan healthy food tu tak juga sebab admin memang kaki makan so semua jenis makanan admin makan janji yang halal bagi diri admin dan umat Islam.






haa tu contoh salad dia. tengok pun dah terliurkan? admin dah kata sesiapa yang nak diet tu bolehlah datang rasa sendiri. Lagi satu apa yang admin tahu, orang yang nak diet ni dia kena kurangkan makan karbohidrat so korang kenalah makan vitamin dengan protein untuk maintainkan energy dalam badan korang. sebab kita kena ada karbohidrat untuk tenaga kita so sebab tulah kena ganti balik dengan vitamin dan protein. tu apa yang admin tahulah daripada orang. so sesiapa yang nak diet tu janganlah sampai tak makan langsung. korang bolehlah pergi ke subway untuk makan makanan sihat ni atau makanan yang kurang karbohidrat dan mengandungi protein dan vitamin yang seimbang.



Serta admin nak cakap tentang harga dia pula. dia kira mengikut berat salad yang kita ambil dengan dia punya sauce. bagi admin makanan dia takdalah mahal sangat. kira berpatutan jugalah sama je macam kita makan dekat mamak nasi lauk je dah berapakan. lagipun beza food dia yang berkualiti daripada restoran luar. subway dia amat pentingkan kesegaran makanan dia dan menjaga tekstur dan keselamatan makanan mereka kerana mereka tidak akan menjual kembali makanan yang telah dijual harini dan yang telah terdedah terlalu lama pada udara. so korang yang mana nak cuba tu bolehlah datang sendiri ataupun bawa sekali kawan kawan korang yang tengah berdiet tu sekali okay. 

okay tu last daripada admin, nanti kalau ada benda baru lagi admin akan share dengan korangg semua. Asslamualaikum






Friday, 7 April 2017

Food Truck

apa yang kita nampak sekarang foodtruck dah semakin banyak kat negara kita ni. so admin pun ada rasa berminat juga dengan foodtruck ni so admin adalah pergi satu foodfest dekat dataran shah alam haritu. bagi admin foodtruck ni memang satu benda baru yang dapat bangunkan lagi anak anak bangsa kita yang mana nak ceburkan diri dalam bidang perniagaan ataupun terlibat juga dalam bidang kulinari.

pertama yang admin nampak foodtruck ni kita mudah nak bawa kemana je tempat kita nak berniaga dan lagi gempak bila depat masuk festival festival besar tetang makanan. So dekat situ kita juga boleh dapat keuntungan yang tinggi lagi lagi bila kita punya foodtruck dah viral dekat media sosial. zaman sekarang semua guna media sosial je kalau nak berniaga so sebab tu dunia perniagaan sekarang dah semakin mudah.

kedua foodtruck ni kebanyakkannya semua letakkan harga food diorang pada harga yang murah kerana diorang kena fight food dengan harga dengan foodtruck lain. so dekat situ ada bonus untuk kita sebagai pelangan. lagipun dorang kena cari satu cara untuk tarik minat kita supaya singgah ke truck dia. so tu salah satu saingan sihat dan satu cara perniagaan yang terbaik hebat.

Then, benda menarik yang admin dapat tengoklah semua foodtruck punyai tema masing masing. berbagai bagai tema yang kita dapat tengok dan semuanya menarik minat kita untuk singgah. so darisitu kita dapat tengok tema juga dapat menarik minat pelanggan untuk datang ke foodtruck kita. tapi dalam masa yang sama kita punya food kenalah superbb juga. so orang akan tergila gilakan food kita. pelanggan ni kalau dah minat kita punya makanan diorang sanggup cari smalah macam admin pun. apa orang kata HANTU MAKAN eh? haha. satu lagi ni admin saja nak ceritalah salah satu foodtruck yang admin minat iaitu La famiglia Foodtruck. buat admin minat sangat sebab dengan dia punya deco truck , tema italian mafia yang melambangkan italian food. maklumlah admin memang minat intalian food. one more, harga untuk food diorang semua berpatutan dan boleh dikatakan 
murahlah.




                                         LA FAMIGLIA

Food truck ni bertemakan mafa itali. merupakan pakar dalam masakan itali seperti spaghetti dan pasta. La Famiglia telah pasti mendapat sambutan berbanding tahun lepas. serta pilihan inggan mangkuk mereka yang murah menjadikan mereka popular kereta mereka hanta menggunakan bekas makanan yang jernih (tupperware). mereka biasanya terletak di sebelah  foodtruck Dr mak rony di Jalan Dungun pada siang hari dan kadang kadang di SS15 subang Jaya pada waktu malam.

Makanan dia amat memuaskan dengan resepi yang berbeza dan mereka mempunyai beberapa resepi sendiri yang menjadi kegilaan ramai. serta harga mereka juga berpatutan dan boleh dikatakan murah dan setiap lapisan masyarakat boleh mendapatkannya kerana harganya. Bagi admin sungguh berbaloi untuk kita pergi rasa sendiri makanan dan service mereka.

Monday, 3 April 2017

warung viral : Gerai Gelas Besas

Assalamualaikum semua, harini admin nak share something sikit tentang warung viral yang admin dah pergi dua hari lepas dengan kawan kawan admin. kedai ini bertempat di seksyen 24 Shah Alam je tak jauhpun so yang mana orang shah alam atau usj bolehlah datang kesini untuk meresa makanan dan minuman dia. kalau korang nak senang kan boleh je kalau nak gunakan waze sebab zaman sekarang dah senangkan guys. korang boleh nak kemana mana je korang suka lagi lagi yang suka explore tentang dunia makana ni. lagipun jalan dia takdalah susah sangat sebab dia berdekatan dengan kawasan kedai kedai, sekolah rendah seksyen 24 dan perumahan. korang boleh masuk daripada simpang uptown shah alam seksyen 24 sebab kedai dia belakang belakang tu je. kalau korang pergi uptown korang bolehlah singgah. korang mesti puas hati dengan jus buah buahan dia dan dia punya menu makanan. so korang kena datang juga untuk rasa sendiri masakan dan minuman dia. 

Kemudian kenapa admin cakap kedai ni menarik sebab menu makanan dia yang menarik dengan bertemakan ala ala western gitu dan dia punya special menu macam nasi goreng chicken chop da lamb chop dia yang confirmpuas hati dengan rasa sauce dia dan saiz daging kambing dia yang besar. memang kenyang kalau korang makan.Serta dorang lebih  tawarkan menu minuman jenis jus buah buahan yang bermacam macam jenis dengan kesegaran rasa buah tu. korang sendiri boleh rasa kesegaran dia, admin tak tipu. then, pasal price. jus buah buahah dia hanya RM 2 secawan so memang murah. lepastu jus buah yang bersusu pula hanya tambah RM0.50 sahaja so dalam RM 2.50 je beb. Next makanan pula memang berpatutan dan boleh dikataka murah sangat. korang just bawa bajet bawah RM20 untuk menikmati kepuasan kat sana. haa  satu lagi servis dia juga baik sebab pekerjanya ramai so korang tak perlu nak tunggu lama untuk order makanan korang dan korang tak perlu tunggu lama untuk makan sebab food diorang memang cepat sampai kat meja makan korang. then kalau korang taktahu nak order apa, korang bolej kalau nak tanya dekat waiter dia so nanti diorang akan suggestkan menu apa yang korang patut rasa.

                                         



       


gambar yang korang tengok kat atas tulah senarai menu minuman dan makanan dia. so korang boleh tengok sendiri dengan kepelbagaian rasa orang kata. kat situ korang boleh tengok menu minuman dia atau senarai jus buah yang diorang sediakan. macam yang korang dapat tengok, banyak jus jus yang menarik macam jus mangga biasa ataupun mangga susu yang menyengat fuhh then ada jus buah naga atau dragon fruit yang admin juga dah rasa memang sedap memang fresh.


Next, nak cakap pasal menu makanan dia pula. macam yang korang dapat tengok kebanyakkan menu makanan dia lebih kepada western so yang mana peminat western bolehlah datang untuk rasa sendiri. then, korang juga boleh tengok sendiri harga yang dia dah senaraikan. memang murahkan dan semua orang boleh cuba untuk rasa sendiri food dia.




ni dia grilled lamb chop yang admin dah order dan harganya hanya RM10 je korang. tengoklah dengan french fries dia the dengan daging dia yang besar. boleh bayangkan dah macam mana nikmatnya admin makan kan. so yang mana terliur tu bolehlah datang. eh kena juga datang. confirm korang puas hati. bolelah kalau nak datang dengan family ataupun dengan kawan kawan sebab suasana dia memang sempoi habis dekat kedai tu.



yang ini pula jenis jenis air dia yang admin dan kawan kawan admin dah order. contohnya jus buah naga, jus mangga susu menyengat , jus epal susu dan banyak lagi. memang puaslah dengan rasa buahnya yang manis dengan freshnya dan lemak manisnya. memang sedaplah dan puahlah kalau dapat. so korang bolehlah datang ramai ramai untuk cuba sendiri sensasi jus buah dia.

okay tu je yang admin nak share so kalau ada benda baru lagi admin akan share dekat korang okay. bye assalamualaikum